Isnin, Disember 21, 2009
Salam Maal Hijrah
Azam... itu yang biasa ditanya oleh orang bila tibanya tahun baru. Tahun 2010 akan tiba tak lama lagi... maka akan banyaklah orang yang akan berazam... samada azam baru atau nak renew azam lamaaaaaa yang entah bila akan tercapai. Atau pun ia tetap berlalu tanpa ada azam pun...macam biasa sahaja. Maal Hijrah 1431 H baru bermula . Ada ke orang menanam azam untuk tahun hijrah ni... atau punia tetap berlalu seperti biasa juga...hanya sekadar menyambut cuti umum yang terus disambung dengan cuti hujung minggu....bercutilah!!!!
Rabu, November 18, 2009
SELAMAT BERJUANG !!!
Hari ini...bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh malaysia...menduduki peperiksaan SPM 2009... yang dianggap penentu masa depan mereka. Alhamdulillah anak-anak-didik kami nampak sungguh bersemangat menghadapi ujian ini. Mereka datang awal untuk berkumpul dan berdoa bersama-sama guru sebelum masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
Hanya doa yang mampu kami iringi bersama semangat danusaha mereka semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.... Amin...
Hanya doa yang mampu kami iringi bersama semangat danusaha mereka semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.... Amin...
Khamis, November 05, 2009
SPM 09
JADUAL PENDIDIKAN ISLAM SPM 09
24 November 2009 (Selasa)
8.00 - 10.00 pagi
1223/1 Pendidikan Islam Kertas 1
2 jam
2.00 - 3.40 petang
1223/2 Pendidikan Islam Kertas 2
1 jam 40 minit
P Persediaan awal menjamin kejayaan
E Elakkan mengulangkaji pada saat akhir
P Peruntukkan masa secara bijak
E Elakkan perlakuan menipu
R Rangka jawapan sebelum jawab
I Isi harus disusun atur
K Ketepatan, kekemasan dan kualiti
S Semak semula kerja anda
A Analisa soalan dahulu meringankan kekangan
A Akur dengan arahan dan kehendak soalan
N Nilai prestasi diri anda dari semasa ke semasa
24 November 2009 (Selasa)
8.00 - 10.00 pagi
1223/1 Pendidikan Islam Kertas 1
2 jam
2.00 - 3.40 petang
1223/2 Pendidikan Islam Kertas 2
1 jam 40 minit
P Persediaan awal menjamin kejayaan
E Elakkan mengulangkaji pada saat akhir
P Peruntukkan masa secara bijak
E Elakkan perlakuan menipu
R Rangka jawapan sebelum jawab
I Isi harus disusun atur
K Ketepatan, kekemasan dan kualiti
S Semak semula kerja anda
A Analisa soalan dahulu meringankan kekangan
A Akur dengan arahan dan kehendak soalan
N Nilai prestasi diri anda dari semasa ke semasa
Isnin, November 02, 2009
SALAM EIDIL FITRI
Khamis, September 17, 2009
SEMOGA BERTEMU LAGI
Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Ia akan pergi meninggalkan kita. Siapa boleh beri jaminan bahawa dia akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Hari-hari terakhir adalah saat-saat kesedihan yang dirasai oleh ahli ibadat di kalangan Salafus Soleh, lantaran teramat berat dan sedih berpisah dengan Ramadhan.
Berakhir Ramadhan bererti tamat tawaran istimewa yang ditawarkan hanya setahun sekali. Namun kita tidak tahu nasib kita sama masih terus bernafas di bumi Allah ini ataupun sudah kembali kepada Nya. Berdoalah di hari-hari terakhir ini agar Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepada Nya dan menjadikan segala amalan dan ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Nya.
Berdoalah agar kekuatan dan semangat beribadat yang kita amalkan sepanjang bulan yang disebut madrasah Ramadhan ini akan berterusan kita amalkan sampai bila-bila, sehingga bertemu dengan Allah kelak.
Sesungguhnya untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang adalah semata-mata anugerah dari Allah. Oleh itu berazamlah jika Allah masih meberi kita peluang itu ia akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui ajal dan umur kita...namun begitu kita berharap agar diberi peluang lagi bertemu dengan Ramadhan Karim... Wallahu A'lam.
Ahad, September 13, 2009
Fasa 3
CEPATNYA RAMADHAN BERGERAK...DAH MASUK PUN FASA KE 3...10 TERAKHIR PUASA. NAMPAKNYA MASJID/SURAU DAH MULA KEKURANGAN JEMAAH... MUNGKIN SIBUK UNTUK PERSIAPAN RAYA KOT...SAMPAI TERLUPA UNTUK MEREBUT MALAM YANG CUKUP BERNILAI (LAILATUL QADAR)
Selasa, September 01, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)