Islamic Widget

Isnin, Disember 21, 2009

Salam Maal Hijrah

Azam... itu yang biasa ditanya oleh orang bila tibanya tahun baru. Tahun 2010 akan tiba tak lama lagi... maka akan banyaklah orang yang akan berazam... samada azam baru atau nak renew azam lamaaaaaa yang entah bila akan tercapai. Atau pun ia tetap berlalu tanpa ada azam pun...macam biasa sahaja. Maal Hijrah 1431 H baru bermula . Ada ke orang menanam azam untuk tahun hijrah ni... atau punia tetap berlalu seperti biasa juga...hanya sekadar menyambut cuti umum yang terus disambung dengan cuti hujung minggu....bercutilah!!!!

Rabu, November 18, 2009

SELAMAT BERJUANG !!!

Hari ini...bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh malaysia...menduduki peperiksaan SPM 2009... yang dianggap penentu masa depan mereka. Alhamdulillah anak-anak-didik kami nampak sungguh bersemangat menghadapi ujian ini. Mereka datang awal untuk berkumpul dan berdoa bersama-sama guru sebelum masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
Hanya doa yang mampu kami iringi bersama semangat danusaha mereka semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.... Amin...

Khamis, November 05, 2009

SPM 09

JADUAL PENDIDIKAN ISLAM SPM 09

24 November 2009 (Selasa)
8.00 - 10.00 pagi
1223/1 Pendidikan Islam Kertas 1
2 jam

2.00 - 3.40 petang
1223/2 Pendidikan Islam Kertas 2
1 jam 40 minit

P Persediaan awal menjamin kejayaan
E Elakkan mengulangkaji pada saat akhir
P Peruntukkan masa secara bijak
E Elakkan perlakuan menipu
R Rangka jawapan sebelum jawab
I Isi harus disusun atur
K Ketepatan, kekemasan dan kualiti
S Semak semula kerja anda
A Analisa soalan dahulu meringankan kekangan
A Akur dengan arahan dan kehendak soalan
N Nilai prestasi diri anda dari semasa ke semasa

Isnin, November 02, 2009

SALAM EIDIL FITRI


Foto keluarga semasa hari raya dulu...baru masukkan sebab kabel usb camera tak jumpa.
Seronok...semua dapat balik berkumpul di hari ini...sebenarnya ada seorang lagi, cuma terlindung sikit



Anak-anak ... peminat upin-ipin... semasa bercuti di PD.

Khamis, September 17, 2009

SEMOGA BERTEMU LAGI


Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Ia akan pergi meninggalkan kita. Siapa boleh beri jaminan bahawa dia akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Hari-hari terakhir adalah saat-saat kesedihan yang dirasai oleh ahli ibadat di kalangan Salafus Soleh, lantaran teramat berat dan sedih berpisah dengan Ramadhan.


Berakhir Ramadhan bererti tamat tawaran istimewa yang ditawarkan hanya setahun sekali. Namun kita tidak tahu nasib kita sama masih terus bernafas di bumi Allah ini ataupun sudah kembali kepada Nya. Berdoalah di hari-hari terakhir ini agar Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepada Nya dan menjadikan segala amalan dan ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Nya.


Berdoalah agar kekuatan dan semangat beribadat yang kita amalkan sepanjang bulan yang disebut madrasah Ramadhan ini akan berterusan kita amalkan sampai bila-bila, sehingga bertemu dengan Allah kelak.


Sesungguhnya untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang adalah semata-mata anugerah dari Allah. Oleh itu berazamlah jika Allah masih meberi kita peluang itu ia akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui ajal dan umur kita...namun begitu kita berharap agar diberi peluang lagi bertemu dengan Ramadhan Karim... Wallahu A'lam.

Ahad, September 13, 2009

Fasa 3

CEPATNYA RAMADHAN BERGERAK...DAH MASUK PUN FASA KE 3...10 TERAKHIR PUASA. NAMPAKNYA MASJID/SURAU DAH MULA KEKURANGAN JEMAAH... MUNGKIN SIBUK UNTUK PERSIAPAN RAYA KOT...SAMPAI TERLUPA UNTUK MEREBUT MALAM YANG CUKUP BERNILAI (LAILATUL QADAR)

Selasa, September 01, 2009

salam ramadhan

selamat menyambut dan menghayati bulan ramadhan
rebutlah kesempatan ini...

Isnin, Ogos 17, 2009

keluarga sakinah 09

Pada 24 & 25 Julai 09, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Keluarga Sakinah setelah sekian lama tertangguh khusus untuk calon-calon SPM 09.



Antara peserta yang mengikuti slot bicara ilmu 2 (Keluarga Bahagia)

Aktiviti sembelihan turut dilakukan oleh pelajar puteri
18 ekor ayam drpd 20 yg disediakan berjaya disembelih mengikut syara'
25 Julai 09 - 11 pagi

Bicara Ilmu 2 (Keluarga Bahagia)
oleh Us. Suhaini - JAIS
25 Julai 09 - 8 pagi


Bicara Ilmu 1 (Fenomena Ajaran Sesat)
Us. Ahmad Darul Akmal - JAIS
24 Julai 09 - 9 malam






Jumaat, Ogos 14, 2009

kem wira waja 09

kem wira waja smt klang datang lagi....
petang ni peserta sedang mendaftar di dewan bestari smtk... macam tak ramai je yang datang.
guru-guru sebagai ajk sedang bertungkus lumus menguruskan pendaftaran peserta dan nak siapkan dan pasang khemah di tgh padang.
cuaca nampaknya cukup baik dan cerah

kem wira waja 09

Rabu, Julai 15, 2009

Rabu, Julai 08, 2009

musim durian

minggu lps balik kampung ... tgh musim durian mula gugur dgn rancaknya.
alhamdulillah.. walaupun banyak pokok dan tumbang dek projek pembesaran jalan ...tapi pokok yang tinggal buahnya lebat... bolehla merasa lagi. kalau nak cari kat lembah klang ni... harganya boleh tahan jugak

Selasa, Jun 30, 2009

musim panas



biasanya sungai dekat rumah di kampung nu...airnya bila besar akan keruh...tapi musim panas ni ada juga hikmahnya...air cetek dan jernih...boleh mandi ramai-ramai...anak-anak tak lepaskan peluang bermain bersama sedara mara yang lain...kat bandar nu mana ada nak rasa macam ni...




setelah lama tak balik kampung...cuti sekolah hari tu...sempat la juga beramah mesra... dan bergurau senda sepupu berdua ni yg hampir sebaya




masih sempat ke pameran buku di mines resort, seri kembangan mas cuti sekolah dulu...anak-anak nak tengok upin dan ipin...maskot pameran tersebut...

Isnin, Jun 29, 2009

cuti sekolah






balik dari bercuti di kampung...singgah di zoo taiping, bawa anak-anak...melihat dan mengenali makhluk ciptaan Allah... dah lama tak singgah taiping...termasuk taman tasiknya yang indah...tapi banyak yang berubah (1996 tahun akhir pergi )

Khamis, April 09, 2009

sekolah ganti...

jangan lupa...sabtu ni sekolah ganti utk cuti raya nanti...
datang ke bebudak kita...?

Jumaat, April 03, 2009

spm 2008

alhamdulillah...result dah keluar. subjek pend. islam nampaknya naik sikit peratus 99.5 % tapi gpa pulak yg turun. terima kasih ustaz dan ustazah atas pencapaian ini...juga kpd anak-abak didik kami yang disayangi....

Selasa, Februari 03, 2009

sebulan

dah sebulan dah sekolah dibuka...masih belum bersedia nampaknya bebudak kita nak belajar...lama sangat cuti akhir tahun lepas...

Isnin, Januari 05, 2009

2009

selamat tahun baru dan kembali semula bertugas dengan azam dan tekad yang baru....