Islamic Widget

Rabu, November 18, 2009

SELAMAT BERJUANG !!!

Hari ini...bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh malaysia...menduduki peperiksaan SPM 2009... yang dianggap penentu masa depan mereka. Alhamdulillah anak-anak-didik kami nampak sungguh bersemangat menghadapi ujian ini. Mereka datang awal untuk berkumpul dan berdoa bersama-sama guru sebelum masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
Hanya doa yang mampu kami iringi bersama semangat danusaha mereka semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.... Amin...

Khamis, November 05, 2009

SPM 09

JADUAL PENDIDIKAN ISLAM SPM 09

24 November 2009 (Selasa)
8.00 - 10.00 pagi
1223/1 Pendidikan Islam Kertas 1
2 jam

2.00 - 3.40 petang
1223/2 Pendidikan Islam Kertas 2
1 jam 40 minit

P Persediaan awal menjamin kejayaan
E Elakkan mengulangkaji pada saat akhir
P Peruntukkan masa secara bijak
E Elakkan perlakuan menipu
R Rangka jawapan sebelum jawab
I Isi harus disusun atur
K Ketepatan, kekemasan dan kualiti
S Semak semula kerja anda
A Analisa soalan dahulu meringankan kekangan
A Akur dengan arahan dan kehendak soalan
N Nilai prestasi diri anda dari semasa ke semasa

Isnin, November 02, 2009

SALAM EIDIL FITRI


Foto keluarga semasa hari raya dulu...baru masukkan sebab kabel usb camera tak jumpa.
Seronok...semua dapat balik berkumpul di hari ini...sebenarnya ada seorang lagi, cuma terlindung sikit



Anak-anak ... peminat upin-ipin... semasa bercuti di PD.